CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 2, 2009

Pertemuan yang tidak diduga

Peristiwa

'tenetnenet tenetnenet~' Jam telefon berbunyi menunjukkan waktu 5.00 a.m, pagi Jumaat, Khamis malam Jumaat. Pagi itu sangat sejuk, mungkin kerana tingkap bilik yang dibiarkan terbuka. Sebaik sedar dari lena, saya terus menghidupkan laptop di atas katil, ingin menyiapkan laporan akhir projek yang sudah 2 hari tergendala dek kesibukan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Sedang kusyuk menaip,tiba-tiba saya terasa sesuatu. 'Haaaaaarrrrrhhh' kedengaran suara mengerikan dari belakang, arah tingkap yang terbuka. Tindakan refleks menyebabkan saya terus melompat ke arah katil roomate yang berada di sebelah. "Sorry, dengar suara menakutkan tadi". Roomate saya membuka mata, melihat ke arah tingkap dan meneruskan sesi penidurannya kembali. Selepas 5.2 minit, saya kembali ke katil tanpa melihat ke arah tingkap dan meneruskan kerja dengan fikiran yang positif.

Andaian
Ini andaian rakan-rakan:
  • Angin bertiup kuat menghasilkan bunyi pada pagar tingkap.
  • Anjing menyalak
  • Kucing mengiau
  • Saya mamai dan semua itu hanya mimpi
  • Orang lalu lalang di tingkat bawah
  • Suara bilal masjid

Nasihat
Ini pula antara nasihat-nasihat yang diterima:
  • Jadikan pengalaman
  • Lupakan. Tak ada apa-apa tu.
  • Masa dengar tu, kenapa tak menyanyi?
  • Lepas ni, tidur tutup tingkap
  • Yang bangun awal-awal pagi tu buat apa?










Malam kejadian, Jumaat malam Sabtu.
Roomate : "daly, sebenarnya pagi tadi masa aku tengok kat tingkap tu, aku ada nampak benda putih terbang, sebab tu aku terus pejam mata balik"

5 comments:

:.leha.: said...

waa,seramnye daly..
pasni tutup tingkap tu,jgn bukak dh klu mlm..
bahaye tau..

wanianis said...

daly..
nak mintak izin meng-link kan blog hang kat dalam blog aku!!!.

wanianis said...

weyh takotnyer..
tdo tutup tgkap la lain kali..
tarik langsir skali...
kalau boleh cari curtain yang tebal2 sikit..

daly said...

leha,
baek~ tapi ak memang suka tido bukak tingkap. sejuk!

anis,
sila2~ terima kasih d atas kesudian anda. =)

Anonymous said...

dali...len kali g la sergah balik....baru power!!! tgk sape sergah sape