CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 28, 2009

Selasa midsem. Saya malas study.

Kejadian ini berlaku di Gasibu, Bandung.

Gasibu ialah nama pasar pagi setiap Ahad di Bandung. Sangat besar! Lebih kurang sama besar dengan Bukit Jalil. Semangat untuk bershopping jelas ketara apabila kami sanggup berjalan kaki dari hotel pada pukul 5 pagi. Walaubagaimanapun (serius perkataan ni panjang) kami agak kecewa sebab gerai-gerai kat situ semuanya tidak berlampu. Meraba-raba dalam kegelapan pagi dan beli beg warna merah yang sebenarnya warna oren bukan cara kami, jadi, kami perlu menunggu sinar matahari sebelum mula bershopping. haha.

Memandangkan saya cuma memiliki sepasang sandal buat masa ini, saya terpaksa membeli sepasang selipar jepun, maksud saya, flip flop. Macho - macam selipar lelaki, tapi best, selesa. Warna hitam. Seronok dapat selipar baru, terus pakai. Sandal lama simpan dalam plastik.

Sementara kami sedang gembira berwindow shopping kedengaran muzik rancak dari jauh. Setelah puas mencari, kelihatan satu dataran dipenuhi dengan orang tua, muda, miskin, kaya semuanya beraerobik. Menarik. Malangnya, kerana kesuntukan masa dan ada kawan yang belum mandi lagi, saya terpaksa mengabaikan hasrat untuk beraerobik sekali. *kecewa* Agak-agak kalau buat macam tu kat Malaysia ada tak orang nak join? Aerobik dekat dataran pasar pagi sambil beli ikan? Hmm~ Yang pasti saya mesti join! Anyone else?

Dah puas beli tingkap, nak beli tshirt pula, cenderahati untuk kawan-kawan. Semua orang memilih dan memborong. Saya pilih satu design je, beli semua sama, senang dan adil. Tapi bapak tu sibuk layan orang lain. Entah kenapa, bila kami sampai ramai pula orang kat kedai tu, tadi tak ada pun. Mungkin kerana daya tarikan yang tinggi. Haha. Tinggallah saya seorang yang belum beli tshirt lagi.

"Bapak, tshirt macam ni 10" (Ulang 3 kali)

5 minit kemudian,

"Ngak ada ni. Yang design sama ngak ada. Kalau yang beda bisa? Saiz besar juga ngak ada"

Hmm~
Masa : 6.55 am (lebih kurang).
Janji dengan Kak Dewi (pemandu pelancong) : 7.00 am.
Jarak Gasibu ke hotel : 15 minit berjalan kaki.

Kesimpulannya, "Bolehlah! Saiz M - 8"

"Bentar ya! Saya ambil di gerai lain"

"???!!"
"Cepat ya, udah ditinggalin ni!"

5.5 minit kemudian, 8 helai tshirt bertukar hak milik. Terima kasih kat Kak Rahmah, Kak Uyun, Kak Farah, Abang Sham dan Abang Hadi yang baik hati tunggu saya shopping! :) Walaupun begitu, saya ala-ala kacang lupakan kulit sebab terpaksa tinggalkan mereka semasa jalan kaki ke hotel. Maaf, nak tukar baju.

Sampai di bilik: Sandal? Mana sandal? $**7!!









Sandalku tertinggal di Bandung. Satu-satunya sandalku.
Kalaulah tahu nak tertinggal, baik trade in dekat kedai tu, mesti boleh dapat flip flop percuma.

Terpaksa pergi kelas pakai flip flop.

Baju kurung + flip flop macho macam lelaki = ok je.......... kot?

0 comments: