CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Pulang #2

Just got back from a 3 days and 2 nights vacation in Pulau Redang.

Tiring but worthy. Met a very creepy guy but many friends. 2 bad lucks, others are great. Didn't see turtles but the fishes and corals are magnificent. Searched for a calm mind, found one confuse heart. Left with no question, back with one.








Let go or hold on?

Sunday, March 1, 2009

I'm broke. Totally broke.

Main Programmme of the Day.

Date : 1 March 2009
Time : 12.00 noon
Place : Bangi
Activity : Wedding = free lunch. *hehe*
Attires : Blouse + kain ala songket
Clutch : Gold
Shoes : Flip flops. Arghhhh!

Is there anyone who wants to trade in 5 decent pairs of sandal with this book?









Please~

Saturday, February 28, 2009

Selasa midsem. Saya malas study.

Kejadian ini berlaku di Gasibu, Bandung.

Gasibu ialah nama pasar pagi setiap Ahad di Bandung. Sangat besar! Lebih kurang sama besar dengan Bukit Jalil. Semangat untuk bershopping jelas ketara apabila kami sanggup berjalan kaki dari hotel pada pukul 5 pagi. Walaubagaimanapun (serius perkataan ni panjang) kami agak kecewa sebab gerai-gerai kat situ semuanya tidak berlampu. Meraba-raba dalam kegelapan pagi dan beli beg warna merah yang sebenarnya warna oren bukan cara kami, jadi, kami perlu menunggu sinar matahari sebelum mula bershopping. haha.

Memandangkan saya cuma memiliki sepasang sandal buat masa ini, saya terpaksa membeli sepasang selipar jepun, maksud saya, flip flop. Macho - macam selipar lelaki, tapi best, selesa. Warna hitam. Seronok dapat selipar baru, terus pakai. Sandal lama simpan dalam plastik.

Sementara kami sedang gembira berwindow shopping kedengaran muzik rancak dari jauh. Setelah puas mencari, kelihatan satu dataran dipenuhi dengan orang tua, muda, miskin, kaya semuanya beraerobik. Menarik. Malangnya, kerana kesuntukan masa dan ada kawan yang belum mandi lagi, saya terpaksa mengabaikan hasrat untuk beraerobik sekali. *kecewa* Agak-agak kalau buat macam tu kat Malaysia ada tak orang nak join? Aerobik dekat dataran pasar pagi sambil beli ikan? Hmm~ Yang pasti saya mesti join! Anyone else?

Dah puas beli tingkap, nak beli tshirt pula, cenderahati untuk kawan-kawan. Semua orang memilih dan memborong. Saya pilih satu design je, beli semua sama, senang dan adil. Tapi bapak tu sibuk layan orang lain. Entah kenapa, bila kami sampai ramai pula orang kat kedai tu, tadi tak ada pun. Mungkin kerana daya tarikan yang tinggi. Haha. Tinggallah saya seorang yang belum beli tshirt lagi.

"Bapak, tshirt macam ni 10" (Ulang 3 kali)

5 minit kemudian,

"Ngak ada ni. Yang design sama ngak ada. Kalau yang beda bisa? Saiz besar juga ngak ada"

Hmm~
Masa : 6.55 am (lebih kurang).
Janji dengan Kak Dewi (pemandu pelancong) : 7.00 am.
Jarak Gasibu ke hotel : 15 minit berjalan kaki.

Kesimpulannya, "Bolehlah! Saiz M - 8"

"Bentar ya! Saya ambil di gerai lain"

"???!!"
"Cepat ya, udah ditinggalin ni!"

5.5 minit kemudian, 8 helai tshirt bertukar hak milik. Terima kasih kat Kak Rahmah, Kak Uyun, Kak Farah, Abang Sham dan Abang Hadi yang baik hati tunggu saya shopping! :) Walaupun begitu, saya ala-ala kacang lupakan kulit sebab terpaksa tinggalkan mereka semasa jalan kaki ke hotel. Maaf, nak tukar baju.

Sampai di bilik: Sandal? Mana sandal? $**7!!









Sandalku tertinggal di Bandung. Satu-satunya sandalku.
Kalaulah tahu nak tertinggal, baik trade in dekat kedai tu, mesti boleh dapat flip flop percuma.

Terpaksa pergi kelas pakai flip flop.

Baju kurung + flip flop macho macam lelaki = ok je.......... kot?

Tuesday, February 24, 2009

Pulang!

2.05am - tiba di UKM. Saya bukan lagi jutawan. Duit rupiah ngak ada, duit Malaysia juga tiada. Mungkin kerana ditipu lebih daripada sekali! Pengajaran dan pengalaman. Lain kali, Bandung tak boleh menipu saya lagi. Pasti!

Letih, mengantuk dan pening tapi lagu ini tetap terngiang-ngiang di telinga, cuba lihat, kelakar!

Project Pop : Metal vs Dugem (Disco)



Saya terlalu mengantuk untuk terus menulis. Lain kali saja ya?

Ah ya! Kerana tiada wang, mungkin saya perlu menjual semula tshirt-tshirt Bandung dan Jakarta yang telah dibeli. Ada yang berminat?

Thursday, February 19, 2009

Saya seorang jutawan

Jam 10.58 pagi, Khamis, 19 Februari 2009 - Saya telah disahkan menjadi seorang jutawan. Peristiwa berlaku di hadapan kedai pengurup wang, Warta dengan dialog "Pak cik, saya nak jadi jutawan, satu juta please". Ya, jutawan.

Dengan wang 1 000 000 rupiah, saya akan mengembara ke Jakarta-Bandung selama 4 hari. Satu-satunya perkara yang mampu saya lakukan sebagai seorang jutawan ialah shopping! haha.

Mampukah 1 000 000 rupiah bertahan selama 4 hari? Sama-sama kita nantikan.

Monday, February 9, 2009

Budget

Belanjawan Program
"Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala"

Roti Hi-5 : RM 2.50 x 2 = RM 5.00
Sardin Marina : RM 4.90 x 2 = RM 9.00
Bawang+Cili+Limau = Free. Ami sponsor.
Nasi Lemak : RM 1.80 x 15 = RM 27.00
Durian(RM30=12 biji:1 biji=RM 2.50)RM 2.50 x 9**= RM 22.50
Tiket masuk = RM 1.00 x 9 = RM 9.00
Duit minyak = RM 5.00 x 2 = RM 10.00
Total = RM 82.50

Bayaran = RM 82.50/9 = RM 9.167 ~ RM 9.20

**Sebab saya bawa balik 3 biji durian makan seorang. Ya, saya memang tamak.



Claim yang perlu dibayar OLEH bendahari program :

Ami = RM 20.80 (Duit durian RM 30 - RM 9.20)
Tra = RM 17.80 (Duit nasi lemak RM 27 - RM 9.20)
Syaz = RM 0.80 (Duit minyak RM 5 + yuran masuk RM 5 - RM 9.20)
Saya = RM 1.30 (Duit roti RM 5 + sardin RM 9.80 + yuran masuk RM4 - RM 9.20 - durian 3 biji RM 7.50)

*Mimi bayar RM 4.20 sahaja ( RM 5.00 duit minyak)


Perhatian : Saya ingin meminta maaf sekiranya ada sebarang salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang program. Juga minta dihalalkan yang terlebih dan terkurang terutamanya durian-durian itu. (Cadangan program seterusnya - party durian)




Trivia
  • Kami bertolak jam 8.30 pagi walaupun waktu yang dirancang adalah jam 8.00 pagi. Ini adalah normal atau standard dan tidak dikira lewat bagi orang-orang Malaysia. Kami masih on scedule (Pengarah program seterusnya take note).
  • Ami diberitahu "perempuan belajar tinggi-tinggi pun tak ke mana" semasa membeli nasi lemak.
  • Ketibaan kami ke taman botani disambut dengan rasa kecewa kerana basikal tidak boleh digunakan. Sedang dibaiki untuk program pada hari esoknya (Ahad).
  • Kami bersepakat membawa berkat on the spot untuk ke sungai tekala walaupun tak ada sesiapa yang pasti jalan ke sana. Kami memang sukakan cabaran.
  • Kami terpaksa pulang ke UKM terlebih dahulu untuk mengambil pakaian dan tikar.
  • Air teh yang dibuat oleh Ami telah tumpah dalam bonet kereta Mimi dan menenggelamkan sekurang-kurangnya 5 bungkus nasi lemak yang tidak berdosa. Alhamdulillah, bonet kereta Mimi terselamat kerana dialas dengan surat khabar.
  • Harga sebenar durian ialah RM 20 selonggok(6 biji). Oleh kerana Tra, Ami dan saya pandai tawar menawar, harga durian turun kepada RM 30-2 longgok. (Rasa durian tidak tawar walaupun kami tawar menawar di situ)
  • Kami tidak sesat walaupun tak tahu jalan. Kami hebat.
  • Kami tiba pada jam 11++ pagi. Air terjun tekala adalah air terjun pertama yang saya pergi dan dikenakan yuran masuk.
  • Kami perlu mendaki bukit dan merentas hutan belantara sambil melihat keindahan alam flora dan fauna untuk mencari port yang sesuai. Keadaan di situ sangat sejuk.
  • Aktiviti pertama yang kami lakukan tanpa membuang masa ialah makan.
  • 7 aktiviti utama yang dilakukan adalah berenang, makan, bergambar, berenang sambil makan, makan sambil bergambar, berenang sambil bergambar dan berenang sambil makan sambil bergambar.
  • Kami bertolak pulang pada jam 3.15 petang.
  • Dan akhir sekali, sandwich yang dibuat oleh Syaz dan saya adalah sangat sedap. Terima kasih.


PS - Ini dinamakan 2 dalam 1 - sebab blog ni tak banyak entri dan saya selaku pengarah merangkap bendahari program "Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala" perlu membuat belanjawan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kedua-duanya pada waktu yang berbeza, maka saya mengaplikasikan konsep 2 dalam 1. Bijak kan saya? Terima kasih :)