CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Entri Tanpa Tajuk #1

Three things will happen when you get old. First, you are going to forget everything, and I can't remember the other two.

~ Sir Norman Wise

Bila perkara-perkara seperti ini berlaku kepada kamu maksudnya kamu tak semuda yang kamu sangka;
  • Masuk pantry dengan niat nak minum air milo, keluar dengan air nescafe
  • Sibuk mencari telefon, padahal ia ada dalam poket
  • Seorang pak cik membahasakan dirinya abang bila bercakap dengan kamu (sekurang-kurangnya bukan 'saya awak')
  • Kenalan yang baru kamu kenal panggil kamu kakak sedangkan kamu dan dia sebaya
  • Kamu telefon ibu untuk bertanyakan sesuatu dan selepas bersembang selama 30 minit, dan ibu meletak telefon, kamu terpaksa telefon ibu sekali lagi untuk bertanyakan soalan itu.











Pengajaran - Sila jangan makan/ minum semut.

Thursday, July 16, 2009

Tebolah

Tebolah is a kelantanese word that i have heard since I was small. It used to be in my parents favorite line;
mama: tebolah sunggohla budok ni!
abah: banyok sunggoh buoh tebu mek ni~
Throughout my 20++ years of living, i have quite a fair share of tebolah moments that i'm not so proud of. Don't worry, i'll share them anyway;

Tebo1
tripped over a wire on stage when receiving an award in standard one, it actually looks like i'm going to jump off the stage instead of using the stairs.

Tebo2
open the door of a stranger's car that i thought was my friend's. Ah! and i said "Assalammualaikum~". Then, i closed the door and run. Should have cover it with, "saya nk tumpang tanya..."

Tebo3
ACCIDENTLY enters push the door of the other gender's toilet. Not on purpose!

Tebo4, and beyond
Countless times of leaving purse, book, phone, etc in the cafeteria, musolla, library, etc. In short, i leave everything everywhere.

That will be enough or i have to move to Pluto where there is no internet connection.

So, have you guess it yet?
Yea, tebolah means clumsy. How i which i wasn't~ Unfortunately, it is a curse that i'm born with. Yet, my parents and friends love me still *wink*. That's why i manage to survive 20++ miraculous years of clumsiness. Thank you! xoxo! :D












You got me tripping, stumbling, flipping, fumbling
Clumsy cause I'm falling in love
~ Fergie, Clumsy

Wonder what will happen if i'm in love. Hmm~

Tuesday, May 26, 2009

Effortlessly beautiful.

Yes, I had gained weight. No, I'm not gonna tell you what my weight is.

It's very typical, girls and weight issues. One minute you are too fat, the other you are too thin. Never perfect. Last week for example, my cousin said "Eee, mek nor dah gemukla sekarang~" and one hour later, my friend told me "Wah! kacang, ko dah kurus la~". Both i have not met for about 1 year. So, at times like this there's only someone to turn to; the reliable and trustworthy Mr. 20cent-Shopping-Complex-Weighing-Scale. Unfortunately, the mean scale proves my cousin is right.

Anyway, it's not a shocking news considering that i had indulge myself with foods 24/7 since my practical starts. I seriously envy those people who can eat a lot of delicious meals everyday but still capable to maintain their weight, effortlessly! Yes, i mean you; zaidan and nini. It's not fair~~

Seeing that the process of making myself thin is a continuous failure, i'm thinking of making myself tall. After all, it will lead to the same result; nice figure. So, calciyum please~ *wink wink*











Yeah~ I think so too. This entry have no point at all except from me complaining about myself. Few past entries also circulated around me, myself and i, self-absorbed, i know. Oh, on second thought, all of the entries are about me and my little problems. Waa~I wanna write about world problems!!

Can i blame it on writer's block?

Friday, May 15, 2009

Aduh!

Petang tadi, saya dan Nini ke farmasi untuk membeli ubat. Penyakit yang saya hidapi adalah sangat misteri sehingga ahli-ahli farmasi di situ terpaksa bermesyuarat sebelum memberi preskripsi ubat ini kepada saya;
  • Fobancort ointment-ubat sapu
  • Prednisolone-ubat makan
Oleh kerana ragu-ragu akan keputusan mereka saya telah meng'google' kesan-kesan sampingan Prednisolone;
  • acne *tak nak! tak cute!*
  • clumsiness *tak kisah, memang dah clumsy pun*
  • dizziness *tak nak jugak! tak best!*
  • facial flushing *tak yah pakai blusher. hehe*
  • feeling of a whirling motion *macam roller coaster??*
  • general body discomfort *boleh pergi urut!*
  • increased appetite *alasan kukuh untuk makan banyak!* *wink wink*
  • increased sweating *tak mo! busuk!*
  • nervousness *bukannya nak bagi ucapan pun*
  • sleeplessness *selalunya terlebih tidur. haha.*
Lupa pulak, sebenarnya saya sakit kaki, sangat sakit setiap kali pijak lantai. Tak ada apa-apa kesan, cuma tanda merah macam kena gigit nyamuk. Tapi, tak tahu la kena apa sebenarnya. Seperti biasa, semua orang suka buat andaian, ini reaksi dan andaian orang ramai.
  • Nini - kena gigit apa-apa kot
  • Poshy - kena gigit nyamuk
  • John - sakit kaki? terbangla! *dia tahu saya ada kuasa luarbiasa????*
  • Abah - Ooo~ Bila nak dapat gaji?
  • Akak farmasi - kena gigit cicak memang macam tu
  • Mama - lipas kot
  • Adik no. 2 - Pontianak gigit la tu sebab dia dah bosan gigit kat leher.
  • Adik no. 3 - ................................
  • Saya - kena gigit ular! confirm!











So, nak makan ubat ke tak nak makan?

Tuesday, May 12, 2009

Notice

This blog had not been updated at all for the past month because the author was busy coping with new environment in her workplace, packing, moving twice; UKM-damansara-UM, spending her first allowance on ridiculous stuff, eating, breathing, walking, sleeping, gossipping, eating and shopping. Yup, that's about it.

She would like to thank all her fans who miss her and keep suporting her while she's gone - you know who you are.

Thank you.












The truth is I'm fighting with my greatest enemy, ever - PROCRASTINATION. Help~

Tuesday, March 17, 2009

Chenta pandang pertama!

Oh Aweera! Kenapalah kamu baru 17 tahun?

Ni eye (and ear) candy untuk kamu semua. Tengok je tau! ;P






Agak-agak dia suka tak orang yang lagi tua err..... matang?

Tidak! Itu bukan saya!

Yahoo Messenger saya mengalami masalah jangkitan virus yang sangat teruk! Bila saya offline tapi masih ada connection dengan internet, YM akan secara automatiknya meng'buzz'kan kawan-kawan saya dan menghantar mesej yang lebih kurang begini: "saya sudah hilang 5 paun, anda bila lagi?"

Antara respon yang diterima:
  • daly turun 5 paun? bukan naik 5 paun ke?
  • ubat kurus ada stok lagi tak?
  • daly, ko makan ubat kurus yang dah expired ke?
  • Tempahan (read : perli) yang tak henti-henti dari semua orang :P
Pandai betul virus ni pilih orang kan? *tsk tsk*

Siapa yang ada masalah sama? korang tahu tak macam mana nak buang/hentikan virus ni?








Atau mungkin saya patut jadi agen produk ni? Dahla poket sangat kering sekarang~ hmm~

Monday, March 2, 2009

Pertemuan yang tidak diduga

Peristiwa

'tenetnenet tenetnenet~' Jam telefon berbunyi menunjukkan waktu 5.00 a.m, pagi Jumaat, Khamis malam Jumaat. Pagi itu sangat sejuk, mungkin kerana tingkap bilik yang dibiarkan terbuka. Sebaik sedar dari lena, saya terus menghidupkan laptop di atas katil, ingin menyiapkan laporan akhir projek yang sudah 2 hari tergendala dek kesibukan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Sedang kusyuk menaip,tiba-tiba saya terasa sesuatu. 'Haaaaaarrrrrhhh' kedengaran suara mengerikan dari belakang, arah tingkap yang terbuka. Tindakan refleks menyebabkan saya terus melompat ke arah katil roomate yang berada di sebelah. "Sorry, dengar suara menakutkan tadi". Roomate saya membuka mata, melihat ke arah tingkap dan meneruskan sesi penidurannya kembali. Selepas 5.2 minit, saya kembali ke katil tanpa melihat ke arah tingkap dan meneruskan kerja dengan fikiran yang positif.

Andaian
Ini andaian rakan-rakan:
  • Angin bertiup kuat menghasilkan bunyi pada pagar tingkap.
  • Anjing menyalak
  • Kucing mengiau
  • Saya mamai dan semua itu hanya mimpi
  • Orang lalu lalang di tingkat bawah
  • Suara bilal masjid

Nasihat
Ini pula antara nasihat-nasihat yang diterima:
  • Jadikan pengalaman
  • Lupakan. Tak ada apa-apa tu.
  • Masa dengar tu, kenapa tak menyanyi?
  • Lepas ni, tidur tutup tingkap
  • Yang bangun awal-awal pagi tu buat apa?










Malam kejadian, Jumaat malam Sabtu.
Roomate : "daly, sebenarnya pagi tadi masa aku tengok kat tingkap tu, aku ada nampak benda putih terbang, sebab tu aku terus pejam mata balik"

Saturday, February 28, 2009

Selasa midsem. Saya malas study.

Kejadian ini berlaku di Gasibu, Bandung.

Gasibu ialah nama pasar pagi setiap Ahad di Bandung. Sangat besar! Lebih kurang sama besar dengan Bukit Jalil. Semangat untuk bershopping jelas ketara apabila kami sanggup berjalan kaki dari hotel pada pukul 5 pagi. Walaubagaimanapun (serius perkataan ni panjang) kami agak kecewa sebab gerai-gerai kat situ semuanya tidak berlampu. Meraba-raba dalam kegelapan pagi dan beli beg warna merah yang sebenarnya warna oren bukan cara kami, jadi, kami perlu menunggu sinar matahari sebelum mula bershopping. haha.

Memandangkan saya cuma memiliki sepasang sandal buat masa ini, saya terpaksa membeli sepasang selipar jepun, maksud saya, flip flop. Macho - macam selipar lelaki, tapi best, selesa. Warna hitam. Seronok dapat selipar baru, terus pakai. Sandal lama simpan dalam plastik.

Sementara kami sedang gembira berwindow shopping kedengaran muzik rancak dari jauh. Setelah puas mencari, kelihatan satu dataran dipenuhi dengan orang tua, muda, miskin, kaya semuanya beraerobik. Menarik. Malangnya, kerana kesuntukan masa dan ada kawan yang belum mandi lagi, saya terpaksa mengabaikan hasrat untuk beraerobik sekali. *kecewa* Agak-agak kalau buat macam tu kat Malaysia ada tak orang nak join? Aerobik dekat dataran pasar pagi sambil beli ikan? Hmm~ Yang pasti saya mesti join! Anyone else?

Dah puas beli tingkap, nak beli tshirt pula, cenderahati untuk kawan-kawan. Semua orang memilih dan memborong. Saya pilih satu design je, beli semua sama, senang dan adil. Tapi bapak tu sibuk layan orang lain. Entah kenapa, bila kami sampai ramai pula orang kat kedai tu, tadi tak ada pun. Mungkin kerana daya tarikan yang tinggi. Haha. Tinggallah saya seorang yang belum beli tshirt lagi.

"Bapak, tshirt macam ni 10" (Ulang 3 kali)

5 minit kemudian,

"Ngak ada ni. Yang design sama ngak ada. Kalau yang beda bisa? Saiz besar juga ngak ada"

Hmm~
Masa : 6.55 am (lebih kurang).
Janji dengan Kak Dewi (pemandu pelancong) : 7.00 am.
Jarak Gasibu ke hotel : 15 minit berjalan kaki.

Kesimpulannya, "Bolehlah! Saiz M - 8"

"Bentar ya! Saya ambil di gerai lain"

"???!!"
"Cepat ya, udah ditinggalin ni!"

5.5 minit kemudian, 8 helai tshirt bertukar hak milik. Terima kasih kat Kak Rahmah, Kak Uyun, Kak Farah, Abang Sham dan Abang Hadi yang baik hati tunggu saya shopping! :) Walaupun begitu, saya ala-ala kacang lupakan kulit sebab terpaksa tinggalkan mereka semasa jalan kaki ke hotel. Maaf, nak tukar baju.

Sampai di bilik: Sandal? Mana sandal? $**7!!









Sandalku tertinggal di Bandung. Satu-satunya sandalku.
Kalaulah tahu nak tertinggal, baik trade in dekat kedai tu, mesti boleh dapat flip flop percuma.

Terpaksa pergi kelas pakai flip flop.

Baju kurung + flip flop macho macam lelaki = ok je.......... kot?

Tuesday, February 24, 2009

Pulang!

2.05am - tiba di UKM. Saya bukan lagi jutawan. Duit rupiah ngak ada, duit Malaysia juga tiada. Mungkin kerana ditipu lebih daripada sekali! Pengajaran dan pengalaman. Lain kali, Bandung tak boleh menipu saya lagi. Pasti!

Letih, mengantuk dan pening tapi lagu ini tetap terngiang-ngiang di telinga, cuba lihat, kelakar!

Project Pop : Metal vs Dugem (Disco)



Saya terlalu mengantuk untuk terus menulis. Lain kali saja ya?

Ah ya! Kerana tiada wang, mungkin saya perlu menjual semula tshirt-tshirt Bandung dan Jakarta yang telah dibeli. Ada yang berminat?

Thursday, February 19, 2009

Saya seorang jutawan

Jam 10.58 pagi, Khamis, 19 Februari 2009 - Saya telah disahkan menjadi seorang jutawan. Peristiwa berlaku di hadapan kedai pengurup wang, Warta dengan dialog "Pak cik, saya nak jadi jutawan, satu juta please". Ya, jutawan.

Dengan wang 1 000 000 rupiah, saya akan mengembara ke Jakarta-Bandung selama 4 hari. Satu-satunya perkara yang mampu saya lakukan sebagai seorang jutawan ialah shopping! haha.

Mampukah 1 000 000 rupiah bertahan selama 4 hari? Sama-sama kita nantikan.

Monday, February 9, 2009

Budget

Belanjawan Program
"Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala"

Roti Hi-5 : RM 2.50 x 2 = RM 5.00
Sardin Marina : RM 4.90 x 2 = RM 9.00
Bawang+Cili+Limau = Free. Ami sponsor.
Nasi Lemak : RM 1.80 x 15 = RM 27.00
Durian(RM30=12 biji:1 biji=RM 2.50)RM 2.50 x 9**= RM 22.50
Tiket masuk = RM 1.00 x 9 = RM 9.00
Duit minyak = RM 5.00 x 2 = RM 10.00
Total = RM 82.50

Bayaran = RM 82.50/9 = RM 9.167 ~ RM 9.20

**Sebab saya bawa balik 3 biji durian makan seorang. Ya, saya memang tamak.



Claim yang perlu dibayar OLEH bendahari program :

Ami = RM 20.80 (Duit durian RM 30 - RM 9.20)
Tra = RM 17.80 (Duit nasi lemak RM 27 - RM 9.20)
Syaz = RM 0.80 (Duit minyak RM 5 + yuran masuk RM 5 - RM 9.20)
Saya = RM 1.30 (Duit roti RM 5 + sardin RM 9.80 + yuran masuk RM4 - RM 9.20 - durian 3 biji RM 7.50)

*Mimi bayar RM 4.20 sahaja ( RM 5.00 duit minyak)


Perhatian : Saya ingin meminta maaf sekiranya ada sebarang salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang program. Juga minta dihalalkan yang terlebih dan terkurang terutamanya durian-durian itu. (Cadangan program seterusnya - party durian)




Trivia
  • Kami bertolak jam 8.30 pagi walaupun waktu yang dirancang adalah jam 8.00 pagi. Ini adalah normal atau standard dan tidak dikira lewat bagi orang-orang Malaysia. Kami masih on scedule (Pengarah program seterusnya take note).
  • Ami diberitahu "perempuan belajar tinggi-tinggi pun tak ke mana" semasa membeli nasi lemak.
  • Ketibaan kami ke taman botani disambut dengan rasa kecewa kerana basikal tidak boleh digunakan. Sedang dibaiki untuk program pada hari esoknya (Ahad).
  • Kami bersepakat membawa berkat on the spot untuk ke sungai tekala walaupun tak ada sesiapa yang pasti jalan ke sana. Kami memang sukakan cabaran.
  • Kami terpaksa pulang ke UKM terlebih dahulu untuk mengambil pakaian dan tikar.
  • Air teh yang dibuat oleh Ami telah tumpah dalam bonet kereta Mimi dan menenggelamkan sekurang-kurangnya 5 bungkus nasi lemak yang tidak berdosa. Alhamdulillah, bonet kereta Mimi terselamat kerana dialas dengan surat khabar.
  • Harga sebenar durian ialah RM 20 selonggok(6 biji). Oleh kerana Tra, Ami dan saya pandai tawar menawar, harga durian turun kepada RM 30-2 longgok. (Rasa durian tidak tawar walaupun kami tawar menawar di situ)
  • Kami tidak sesat walaupun tak tahu jalan. Kami hebat.
  • Kami tiba pada jam 11++ pagi. Air terjun tekala adalah air terjun pertama yang saya pergi dan dikenakan yuran masuk.
  • Kami perlu mendaki bukit dan merentas hutan belantara sambil melihat keindahan alam flora dan fauna untuk mencari port yang sesuai. Keadaan di situ sangat sejuk.
  • Aktiviti pertama yang kami lakukan tanpa membuang masa ialah makan.
  • 7 aktiviti utama yang dilakukan adalah berenang, makan, bergambar, berenang sambil makan, makan sambil bergambar, berenang sambil bergambar dan berenang sambil makan sambil bergambar.
  • Kami bertolak pulang pada jam 3.15 petang.
  • Dan akhir sekali, sandwich yang dibuat oleh Syaz dan saya adalah sangat sedap. Terima kasih.


PS - Ini dinamakan 2 dalam 1 - sebab blog ni tak banyak entri dan saya selaku pengarah merangkap bendahari program "Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala" perlu membuat belanjawan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kedua-duanya pada waktu yang berbeza, maka saya mengaplikasikan konsep 2 dalam 1. Bijak kan saya? Terima kasih :)