CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Budget

Belanjawan Program
"Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala"

Roti Hi-5 : RM 2.50 x 2 = RM 5.00
Sardin Marina : RM 4.90 x 2 = RM 9.00
Bawang+Cili+Limau = Free. Ami sponsor.
Nasi Lemak : RM 1.80 x 15 = RM 27.00
Durian(RM30=12 biji:1 biji=RM 2.50)RM 2.50 x 9**= RM 22.50
Tiket masuk = RM 1.00 x 9 = RM 9.00
Duit minyak = RM 5.00 x 2 = RM 10.00
Total = RM 82.50

Bayaran = RM 82.50/9 = RM 9.167 ~ RM 9.20

**Sebab saya bawa balik 3 biji durian makan seorang. Ya, saya memang tamak.



Claim yang perlu dibayar OLEH bendahari program :

Ami = RM 20.80 (Duit durian RM 30 - RM 9.20)
Tra = RM 17.80 (Duit nasi lemak RM 27 - RM 9.20)
Syaz = RM 0.80 (Duit minyak RM 5 + yuran masuk RM 5 - RM 9.20)
Saya = RM 1.30 (Duit roti RM 5 + sardin RM 9.80 + yuran masuk RM4 - RM 9.20 - durian 3 biji RM 7.50)

*Mimi bayar RM 4.20 sahaja ( RM 5.00 duit minyak)


Perhatian : Saya ingin meminta maaf sekiranya ada sebarang salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang program. Juga minta dihalalkan yang terlebih dan terkurang terutamanya durian-durian itu. (Cadangan program seterusnya - party durian)




Trivia
  • Kami bertolak jam 8.30 pagi walaupun waktu yang dirancang adalah jam 8.00 pagi. Ini adalah normal atau standard dan tidak dikira lewat bagi orang-orang Malaysia. Kami masih on scedule (Pengarah program seterusnya take note).
  • Ami diberitahu "perempuan belajar tinggi-tinggi pun tak ke mana" semasa membeli nasi lemak.
  • Ketibaan kami ke taman botani disambut dengan rasa kecewa kerana basikal tidak boleh digunakan. Sedang dibaiki untuk program pada hari esoknya (Ahad).
  • Kami bersepakat membawa berkat on the spot untuk ke sungai tekala walaupun tak ada sesiapa yang pasti jalan ke sana. Kami memang sukakan cabaran.
  • Kami terpaksa pulang ke UKM terlebih dahulu untuk mengambil pakaian dan tikar.
  • Air teh yang dibuat oleh Ami telah tumpah dalam bonet kereta Mimi dan menenggelamkan sekurang-kurangnya 5 bungkus nasi lemak yang tidak berdosa. Alhamdulillah, bonet kereta Mimi terselamat kerana dialas dengan surat khabar.
  • Harga sebenar durian ialah RM 20 selonggok(6 biji). Oleh kerana Tra, Ami dan saya pandai tawar menawar, harga durian turun kepada RM 30-2 longgok. (Rasa durian tidak tawar walaupun kami tawar menawar di situ)
  • Kami tidak sesat walaupun tak tahu jalan. Kami hebat.
  • Kami tiba pada jam 11++ pagi. Air terjun tekala adalah air terjun pertama yang saya pergi dan dikenakan yuran masuk.
  • Kami perlu mendaki bukit dan merentas hutan belantara sambil melihat keindahan alam flora dan fauna untuk mencari port yang sesuai. Keadaan di situ sangat sejuk.
  • Aktiviti pertama yang kami lakukan tanpa membuang masa ialah makan.
  • 7 aktiviti utama yang dilakukan adalah berenang, makan, bergambar, berenang sambil makan, makan sambil bergambar, berenang sambil bergambar dan berenang sambil makan sambil bergambar.
  • Kami bertolak pulang pada jam 3.15 petang.
  • Dan akhir sekali, sandwich yang dibuat oleh Syaz dan saya adalah sangat sedap. Terima kasih.


PS - Ini dinamakan 2 dalam 1 - sebab blog ni tak banyak entri dan saya selaku pengarah merangkap bendahari program "Berbasikal di Taman Botani yang bertukar kepada Berpiknik di Tekala" perlu membuat belanjawan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kedua-duanya pada waktu yang berbeza, maka saya mengaplikasikan konsep 2 dalam 1. Bijak kan saya? Terima kasih :)

0 comments: