CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 7, 2011

Bas Ekspres

Jarak antara rumah saya dan tempat saya belajar lebih kurang 474 kilometer. Jadi, bus ekspres adalah pengangkutan yang paling ideal bagi pelajar yang kurang berduit seperti saya untuk pulang ke rumah. Saya lebih suka menggunakan bas ekspres berbanding kapal terbang sebab saya tak ada duit lcct/klia/subang sangat jauh! Contohnya;


Kapal terbang: Waktu berlepas jam 2030.
1600 naik bas ke komuter
1630 sampai komuter
1645 naik komuter tunggu komuter delay sejam
1745 naik komuter
1815 sampai kl sentral
1830 naik bas transit lcct
1930 sampai lcct
1945 check in
1950 lepak-lepak/solat
2015 pengumuman plane delay
2130 naik kapal terbang yeay
2230 sampai KB
2330 sampai rumah
Total: 7 jam 30 minit

Bas Ekspres: Waktu bertolak 8.30 malam
9.00pm naik bus ke stesen bus
9.30pm naik bus
9.31pm tidur
4.30am sampai rumah
Total:7 jam 30 minit

Kesimpulannya, bagi saya sama lama je masa naik kapal terbang dengan bas ,tambahnya bas tak payah penat-penat pergi stesen. Boleh tidur lagi. hehe. Sebenarnya, saya bukan nak cakap pasal benda ni pun tapi sebab saya selalu naik bas, saya nak cakap pasal 3 perkara yang paling saya tak suka dalam bas ekspres:
  • Minyak wangi. Semua orang tahu yang bas ada satu bau yang secara automatik akan buat orang pening bila masuk je dalam bas. Sebenarnya, berdiri kat luar bas pun dah boleh pening terutamanya orang yang tak biasa naik bas ekspres. Cuba bayangkan masa nak pengsan dengan bau bas, tiba-tiba ada mamat hensem baru masuk pintu bas tapi bau minyak wangi dia dah sampai dulu dekat korang yang duduk kat tengah bas. Nak dijadikan cerita, mamat tu pulak duduk sebelah korang. Tak ke bertambah pening? Bau bas+bau minyak wangi yang sangat kuat. Pengsan ai! Kalau pengsan betul tak apa pula, sedar-sedar je dah sampai. Senang. Ni tak, kepala migrain, perut pusing dan tekak nak muntah. Sangat tak tahan. Penyelesaiannya, turun bas pergi kedai beli minyak cap kapak sapu kat hidung. Yang bagus lagi masa mamat tu tidur, percik-percik minyak cap kapak kat dia. Aman sikit kepala. Hehe. Sebenarnya, tak kisah pun kalau nak pakai minyak wangi dalam bas tapi pada-pada lah, janganlah dibuat minum minyak wangi tu. Kalau tak dalam bas pun orang yang normal dah tak selesa dengan bau minyak wangi yang terlebih dos apatah lagi dalam bas. Kesimpulannya, sayangilah minyak wangi anda dan gunakanlah dengan cermat. :)
  • Handphone. Lepas dah sapu minyak cap kapak kat satu muka, pening dah hilang, semua dah okey, apa lagi masa untuk tidur la. Tapi tak sampai 5 minit pejam mata, terjaga sebab dengar bunyi lagu lady gaga. Okey tak apa. Tidur balik. 5 minit lepas tu bunyi balik! Geram tak? Saya memang tak suka dengan orang yang bunyi mesej dia sangat panjang dan kuat. Tengah orang cuba nak tidur, tiba-tiba dengar bunyi mesej ala-ala jam loceng yang disnoozekan tiap-tiap 5 minit. Tension! Lagi satu, orang yang bergayut kat telefon dengan suara kuat, saya yang duduk 2 seat belakang pun boleh dengar. Lama pulak tu bersembang. Orang lain nak tidur pun tak boleh fokus. Patutnya timbang rasa la sikit kalau tak nak silentkan pun, perlahankanlah volume tu. Naik bas ekspres ni terutamanya waktu malam boleh diibaratkan macam kongsi bilik tidur dengan 40 orang. Jadi, ingatla kat orang lain sama. Takkanlah nanti nak buat bas ekspres tu macam panggung wayang, nak kena tayang iklan suruh silentkan hp sebelum bas bergerak. Fikirlah sendiri bro! (and sis)
  • Orang yang mengorat atas bas. (Disclaimer-saya tak jeles okey. Bfku si Joni Deep tu lagi hensem!) Okey, sedang korang tengah geram dengan bunyi handphone yang kuat macam dekat disko (mana tau bunyi kat disko kuat? Jeng jeng) korang dengar pulak 2 orang tengah bersembang dekat belakang korang; nama siapa? 'rita, hehehe. awk?' aidil. balik sorang je? Bf tak teman? 'tak, saya mana ada bf. hehehe' saya pun tak ada gf - dan seterusnya. Well, tak salah nak berkenalan atau bersembang hatta mengorat sekali pon atas bas tapi (again) jagalah volume, ni tak, dok mengilai 'hehehehe hehehehe'. Seriau tau. Ingatkan pontianak mana la tumpang naik bas.
Kesimpulannya, respek diri anda dan orang lain, ambil masa untuk relaks dan respon kepada persekitaran anda! Ciau!

Gambar dari sini dan sini.





Dalam kapal terbang ada tak orang macam ni ye? Kalau ada pun, would i mind? Hmm~

0 comments: